Wednesday, 26 September 2012

cerita hari ini

     Alhamdullilah dapat create blog ini... apa sebenarnya nak share dekat blog ini. Hari ini sudah 3 minggu mendaftar sebagai pelajar sarjana muda. Alhamdullilah saya dapat course yang saya minta. Bersyukur tak terhingga. Gembira dapat jumpa dengan kawan-kawan lama, almaklumlah saya dapat universiti yang sama waktu saya foundation, so memang seronok sangat. Nak-nak pulak dapat course yang diminta sangat-sangat. Minggu orentasi yang dilalui dengan penuh kegembiraan. Tapi ada kesedihan  dimana kitaorang terpaksa berpisah dengan budak-budak medic sebab fakulti diaorang bukan dalam universiti. Lepas sedih-sedih dengan diaorang start la minggu pembelajaran. Pasal budak medic tu tak apa bukan jauh sangat masih di planet yang sama. Minggu lepas orentasi relax la lagi sebab ada kelas yang lecturer nya tak masuk lagi.Wah memang mencabar la masuk course yang saya minta ni. Mula-mula saya datang untuk minggu orentasi ada lah yang tanya, " ambik course apa ye?" "applied physics". Saya malas nak tulis panjang-panjang pasal kami bersembang saya simpul kan dekat sini that person tanya saya kenapa ambil fizik, tu la course yang orang tak nak sangat. Susah dapat kerja, asal ambil, pilihan pertama ke? dan banyak lagi persoalan yang ditanya. Saya pulak hanya mampu tersenyum je. Dalam hati sedikit membara la juga, tapi tak apa orang kata belum cuba, belum tahu.
       Itu satu hal, saya tetap tabah kan hati saya sebab ini yang saya nak sangat sejak saya foundation, so saya kata saya akan cuba yang terbaik dalam hidup saya. Biar kan je la apa yang berlaku saya tak akan berputus asa. Never give up!!!